Sunday, 27 November 2011

TIKUS YANG MAHU KAYU KERAS

Ibu tikus terjatuh ke dalam sebuah tong besi semasa mencari makanan. Ia tidak dapat keluar kerana dinding tong besi itu tinggi lagi licin.

            Beberapa hari kemudian, anak tikus terjumpa ibunya yang terperangkap di dalam tong besi. Ia ingin menolong ibunya tetapi tidak mempunyai buah fikiran.

            Anak tikus berfikir tentu ibunya berasa lapar sekarang. Oleh itu, ia menyusup masuk ke dalam dapur dan mencari sekeping roti. Ia menjatuhkan roti itu ke dalam tong besi.

            Ibu tikus enggan makan. Ibunya cuma meminta anak tikus itu mendapatkan kayu keras untuknya.
            Anak tikus terus berfikir biar dia dapatkan makanan yang lebih enak. Ia pun masuk semula ke dalam dapur lalu mencuri sepotong kek yang besar dan enak. Ia menjatuhkan kek itu ke dalam tong besi.Ibu tikus tidak sabar lagi lalu menjerit dan memarahi anaknya yang bodoh itu. Sekali lagi ibunya menyatakan bahawa ia hanya hendakkan kayu keras.

            Kemudian, anak tikus pergi segera mencari kayu yang keras. Ia mengambil masa yang lama untuk mencari kayu tersebut. Apabila ia pulang dengan seketul kayu keras di dalam mulutnya, ibunya telah pun mati. Anak tikus menangis kerana berasa sedih. Pada ketika itu, bapa tikus pulang.

            Setelah mendengar segala keterangan anak tikus, bapa tikus memarahi anaknya, dan membertitahu anak tikus bahawa ibunya mati kerana anak tikus tidak segera mengambilkan kayu keras untuknya.

            Anak tikus tidak faham kata-kata ayahnya. Bapa tikus pun menjelaskan kepada anak tikus bahawa gigi depan kaum tikus adalah tumbuh dengan begitu cepat, dengan itu kaum tikus harus mengikis gigi mereka selalu dengan menggigit dengan benda yang keras seperti kayu.Ibunya yang berada di dalam tong besi tidak dapat mengigit apa-apa yang keras maka gigi depannya tumbuh dengan begitu panjang sehingga ia tidak boleh menutup mulutnya dan makan.

            Anak tikus memandang ke dalam tong besi sekali lagi . Memang benar gigi hadapan ibunya sungguh panjang sehingga mulutnya teranganga. Patutlah ia tidak boleh makan apa-apa.
            Akhirnya anak tikus dan bapanya pulang dengan sedih ke dalam lubang mereka.

No comments:

Post a Comment